Dekorasi Rumah gaya Minimalis Pilihan Mamalinablog.com

sumber: mydomaine

Selain dari fokus pada perkembangan anak, deko juga antara perkara yang jadi keutamaan mamalinablog.com. Walaupun budget nak mendeko rumah terhad, tapi 'slow-slow' cari idea nak 'upgrade' dekorasi rumah yang diduduki sekarang jadi lebih bersih, kemas dan paling penting senang nak urus atau  'maintenance'.

Bagi melancarkan perjalanan mengurus anak 5 orang, empat orang 'boys' gaya dekorasi minimalis adalah pilihan paling tepat dan cepat. Setakat ni perjalanan mengubah dekorasi rumah ke arah gaya minimalis dah berjaya dalam 25% hahaha. Masih banyak lagi kerja yang nak kena buat untuk pembersihan.

Oh ya sebut tentang minimalis, mesti ada yang tertanya, apa itu dekorasi minimalis. Supaya mudah difahami, pernah tak tengok cerita jepun, perasan tak rumahnya sangat kurang barang. Ya, konsep minimalis ni kita akan 'organize' atau simpan semua barang yang hendak dipakai sahaja. 


Segala barang-barang lama yang tak dipakai wajib kita buang supaya tak menyesakkan rumah dan makan ruang yang ada. Contoh dekorasi minimalis macam gambar ehsan dari google di atas. Apapun nanti free, mamalinablog akan kongsi hasil perubahan dari rumah yang 'crowded' kepada se 'minmalis' yang boleh stay tune!!!

Kenapa konsep Deko Minimalist jadi pilihan?

Pernah tak dengar perkatan 'horders'? Kalau tak pernah dengar, horders ni salah satu sikap suka simpan dan kumpul barang-barang lama. Itulah antara masalah utama yang akan jadikan rumah lama-kelamaan makin semak dan serabut, sebab terlampau banyak barang lama yang sayang nak dibuang.

Jadi, bagi sesiapa yang rasa dia ada ciri-ciri horders, mesti cuba sedaya upaya deko rumah konsep minimalist ni, supaya boleh mengikis sikap horders tu. 


0 Comments