Didik|Anak

Apa saja yang paling berharga dalam hidup ini selain anak kan, alhamdulillah ada rezeki dapat anak sampai 5 orang.

Sebagai ibubapa kita cuba nak buat yang terbaik untuk anak. Walaupun sedar diri bukan sempurna.

Terus terang, takut rasanya nak membesarkan anak zaman teknologi ni, cabarannya bukan mudah. Nak tak nak kita sebagai ibu bapa mesti harungi juga demi masa depan anak.

Nak jaga anak ikutkan bukan perkara mudah. Semua urusan anak ibu bapa kena ambil tahu. Terutama seorang mama. Ya, tanggungjawab mengawasi anak ini lebih banyak terletak pada bahu mama. 

Dari masa mengandung hinggalah anak besar, seorang mama mesti mengawasi anak. Jaga makan pakainya, sakit pening anak dan segala masalah anak mama mesti kena tahu untuk pastikan anak sentiasa dalam keadaan sihat.

Anak yang sihat bukan saja perlukan makanan yang sihat, menyediakan persekitaran yang sihat juga penting untuk perkembangan anak. 


Beriadah antara aktiviti penting yang ibu bapa perlu sediakan untuk anak. Dalam keadaan sesibuk manapun ibu bapa mesti bawa anak keluar beriadah. 

Sebab masa riadah adalah masa anak-anak berpeluang bergembira dan melepaskan tekanan perasaan mereka. Apa kita ingat kita saja yang ada perasaan?

Fahamilah perasaan anak-anak lah yang sebenarnya paling perlu dijaga. Sebab kekuatan mental masa kecil lah yang akan mencorakkan kehidupannya pada masa depan.

Sayangi anak selagi hayat dikandung badan, iringi doa untuk anak tanpa batas waktu. Semoga Allah swt redha atas kita dalam mendidik anak-anak.

0 Comments