Slip Disc menyerang lagi

By mamalinablog - January 04, 2021



Hari ke 4 ditahun baru 2021, Alhamdulillah ala kulihal, dah masuk 3 hari sakit belakang datang balik, bermula dari bulan lepas, lepas satu, satu penyakit menyinggah. Beginilah rutin penderita sakit slip disk. Bila tengok nampak macam sihat, tapi Allahu hanya Allah swt sahaja yang tahu, bila sakitnya datang,sengal di pinggang menjalar hingga ke kaki, kebas-kebas kaki terasa on off dalam masa lebih 24 jam, nak menanggungnya perlukan mental yang sangat kuat. Betullah sakit ini peringatan dan ujian. Tak sabar boleh buat kita kufur, kufur pada nikmat yang Allah swt dah bagi.

Bila dah datang sakit ni, ya ampun memang taklah nak paksa diri selesaikan urusan rumah. Bagi mama yang jenis mudah serabut tengok rumah bersepah, pejam mata sajalah tengok level kesepahan yang awalnya tahap 1 dah mula meningkat ke tahap 5 gitu. Nak membebelpun tak larat 😅. Nasib baik En. suami dan kakak ada. Sekurang-kurangnya keadaan rumah masih terkawal walaupun ada boboiboy kuasa 4 menguasai kawasan.

Cakap juga pada en. Suami aduhai macam manalah keadaan umur 50 an nanti, kalau sekarangpun dah macam apa 😭. Apapun sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan penderita slip disc lain, diri bagai langit dengan bumi, syukur sangat-sangat sakit yang  ditanggung ni taklah seteruk orang lain. Bukannya tahap sampai tak boleh berjalanpun. Biasanya bila sakit reda boleh lagi nak lumba lari. Lepas tu sakitlah balik 😂. Dia syaratnya jangan terlebih aktif je. Bila aktif je sakitlah jawabnya.

Menjalani hidup awal tahun baru dengan kesakitan memanglah bukan sesuatu yang menyeronokkan. Semua orang kalau boleh nak sihatkan. Tapi inilah ujian hidup, bahagian masing-masing. Maha suci Allah swt, bila pandang ada orang lain yang diuji dengan musibah lain, hilang harta benda disebabkan banjir, tiba-tiba kehilangan orang yang disayangi akibat kemalangan, hilang pekerjaan disebabkan Covid 19. Ar Rahman...Fabi Aiyi ala irabbikuma tukazziban.

Allah ya Rahim...ya Razak, kenikmatan yang diberi dalam hidup ini, tanpa disedari jauh lebih banyak nak dibandingkan kesakitan yang ditanggung. Astaghfirullah, semoga kita dimasukkan di antara golongan manusia yang bersyukur.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments