Masalah internet dan kelas Online

By mamalinablog - November 03, 2020


Musim pkp ni, budak tadikapun nak kena masuk kelas online, dia memang 'excited' nak join dari dulu. Tapi tak dapat nak 'commit' masa 100%. 

Internet kat rumah ni pun boleh tahan perangainya, ada masa ok ada masa down. Baru je tadi down, ni ok balik. Tak tahula apa masalah dgn Unifi ni, 500mbps pun slow ala siput. Tak la selalu tapi ada masa memang ganggu kerja. Bukan orang pedalaman je ada masalah internet. Tengah-tengah bandarpun boleh tak stabil.

Ada juga promot kat en. Asben suruh tukar astro broadband, lepas ambik flyers kat booth ASTRO jiran Coway, boleh tengok channel Astro , 'tak akan katanya'  ayat paling best,ala fiber TM juga yang provide.

Pulak...susah nau nak promot kat ex staff TM ni, sebab dia dulu terlibat dengan projek sistem Unifi, mula-mula unifi operasi kat Malaysia. Dapat rasakan kecintaannya pada Unifi tahap dewa. Team matenya pun ada lagi yang tetap setia dengan TM, dah lebih 10 tahun. 

En. Asben kalau tak sebab nak kejar better offer memang stay kat menara Rebung lagi kot. Tapi disebabkan dapat offer lagi baik terpakslah dia meninggalkan TM masa tu.

Apa penyelesaian bila ada masalah line internet yang tak stabil ni?


1. Biasanya bila line disconnect kami akan check rauter. Tengok lampu dalam mode on atau off, kalau unfi ni tengok kalau warna lampu dah tukar dari kuning ke oren maksudnya dah 'disconnect'.

2. Try restart semula rauter, off je button, dan on semula.

3. Kalau dah on-off-on button rauter tak hidup juga, maksudnya memang down, tunggu  je la line stabil semula.

Berapa lama?

Bergantung pada keadaan tapi, kalau lps 15 min tak ok juga boleh check port building bagi rumah apartmen, tanyalah management, kalau lebih sejam, call je la customer service unifi, kadang-kadang memang down satu kawasan atas sebab baik pulih dan isu lain. Tapi biasanya diaorang akan email customer bagitahu. Kalau yang ada kerja vc meeting ke boleh set up appointment awal-awal dengan client.

Sudah, dah macam customer service dah penerangan 😄, sebenarnya tadi nak cerita pasal kelas online budak tadika, dah melalut pasal unifi pula. Ni tadi dua kali unifi down. Hangin mak...sebab budak-budak bising dah, abis ke laut kelas online.

Sekian dari ex staff ASTRO 😑


Belum lagi internet sekolah yang down, sabar je la kan..














  • Share:

You Might Also Like

0 Comments