Cabaran Urus Kelas Online anak

By mamalinablog - November 05, 2020


Hari ni baru dapat 'stay' kat booth semula. Terpaksa cuti dua hari sebab nak selesaikan urusan kelas online anak-anak. Boleh tahan sibuknya, nasib perasan yang anak darjah 4 dengan darjah 1 ada sesi pembentangan untuk 11 subjek masing-masing.

Elok je print semua jadual pembentangan tampal kat dinding, mualimah anak yang darjah 4 call bagi penerangan tentang projek yang kena buat. Kena pula sesi pembentangan yang paling awal, apa lagi kalut mak bapak cari bahan. Anak 'relaks' main game πŸ˜‘. Dah macam mana mualimah tak risau, nak suruh masuk kelas pun boleh bergaduhπŸ™„, sempat juga mama ngomel pada mualimah dia.

Lepas dah dapat bahan terangkan pula pada anak proses yang diaorang kena buat. Yang paling mencabar nak kena suruh si abang darjah 4 buat. Allah hu, nasib mamanya ada masalah tekanan darah rendah, kalau ada darah tinggi pengsan mak. 

Kelas online ni nak tak nak ibubapa memang kena bagi komitmen, kalau tak memang anak ke laut la. Komitmen yang paling utama adalah 'masa'. Kalau dulu ibubapa kena luang masa untuk homework, itupun tak mampu, kali ni kena luang masa untuk kelas sekali. Sampai rasa kita pula kena ke sekolah balik πŸ˜‚.



Selain masa  masalah teknikalpun antara penyebab utama rasa aduhai cepatlah abis pkp, biarlah anak-anak belajar kat sekolah je. 'Mama tolong' Setiap 20 min, zoom meeting 'disconnect', Setiap kali tukar waktu pelajaran nak kena log in link kelas semula. Log in pula dari link whatsapp web. Walaupun dah ajar diaorang cari sendiri link, tetap akan ada isu.


Apa-apa hal henfon mesti kena on baru boleh link. Kadang-kadang dah tekan link tunggu 15 minit masih tak dapat masuk kelas. Eh kelas ada tak ni, check lagi dan lagi, tak tahu kelas memang tak ada ke atau memang link problem. Mencabar betul sebab nak kena cover 2 orang sekali 😭  dah rupa tangan sotong, ditambah pula kita jenis segan nak tanya cikgu adoii.

Last sekali.cabaran yang paling tak terkawal gangguan dari 'adik bongsu' umur 3 tahun, kuasa veto 100%, kuasa pemusnah 50% kuasa rampasan 99%

Walaupun dah cuba buat kerja sorok-sorok dalam bilik, tak adanya  kantoi juga. Tengok je hasil kerja dia sorang. 




Entahlah nak kawal budak 3 tahun yang sekejap jadi katak, sekejap jadi zombie, yang paling kerap jadi tikus...selamat headphone abang dia baru tak sampai setahun pakai, alhamdulillah ala kulihal.

Kesimpulannya, semoga semua ibubapa bertabahlah dengan dugaan mengurus kelas online anak-anak dalam masa yang sama buat kerja dari rumah ataupun keluar bekerja. Termasuklah guru-guru yang bertungkus lumus menyempurnakan setiap tugas yang diamanahkan πŸ’ͺ




  • Share:

You Might Also Like

0 Comments