Ayam panggang di malam hari

By mamalinablog - November 14, 2020


Masak lewat malam semalam, lepas balik dari booth, rehat selelap, lepas isyak tengok lauk makan malam tak ada, abah budak-budak dah beli roti jon 2 bungkus, dah habis juga, kalau tak masak memang nanti tengah malam mesti budak-budak lapar, sendiripun memang dah lapar.

Jadi terciptalah resepi ayam panggang malam hari, guna pemanggang ajaib je. Alhamdulillah sedap en. Asben cakap. Memang tunggu review dari en.Asben dulu kalau sedap kita share kat blog, nanti free kita buat ulang masak kat utube.

Salah satu sebab tulis resepi kat blogpun untuk kegunaan sendiri juga. Kot nak masak lagi hari depan, boleh tengok semula bahan-bahan. Ini namanya resepi hentam sendiri, kalau nak ulang masak memang tak ingat bahan-bahan.

Sebab guna bahan yg mana ada je. Tak perlu serai, tak guna lada hitam, Insya Allah jadi, kot tak ada idea nak masak makan malam, boleh la cuba, untuk makan tengah haripun boleh.

AYAM PANGGANG

Bahan-bahan
7-8 potong ayam
Sedikit Kunyit 
Sedikit Serbuk kari ikan
Sedikit serbuk rempah sup 
Serbuk lada putih/lada sulah
Garam secukup rasa.
(Gaul ayam dengan semua rempah)
Jangan letak banyak rempah sebab kita tak nak rasa rempah kuat, agak-agak kena sikit pada ayam.

Bahan kisar tanpa air
Bawang besar merah
Bawang putih 2 ulas
Halia 2 inci
(Gaul pada ayam)

Cara masak : sediakan pemanggang ajaib, renjis sikit minyak bijan, minyak sawit pun boleh. Panggang ayam yang dah siap digaul dengan rempah dan bahan kisar.

SAMBAL CILI
3 biji cili besar
6 biji cili padi/taiwan hijau
Sedikit gula
Garam
Air asam jawa
Sos ikan
Cuka 
(Kisar semua)

TERUNG BAKAR
4 biji terung panjang, potong
Sedikit minyak dalam kuali elakkan melekat masa bakar.
(Bakar hingga terung lembut)

Selamat mencuba! 😃




  • Share:

You Might Also Like

0 Comments