Set Up Kelas Online Anak masa PKP

By mamalinablog - October 18, 2020


Bagi ibu bapa yang ada anak yang masih bersekolah mesti tak terlepas dari kerja kena monitor anak yang sedang kelas online kan.

Hari tu lepas PKP pertama, punyalah lega bila dah tak payah buat kelas online lagi. Sebab anak-anakpun dah masuk sekolah macam biasa.

 Bukan apa, pengalaman nak set up kan ruang kelas online untuk anak tu pun dah mencabar. Ingat lagi sehari sebelum nak mula kelas pertama. Sampai ke Imbi dan Low Yat cari webcam, headphone. Nak beli online kat lazada, shopee ke memang dah tak sempat. Esok anak-anak dah nak pakai.


Boleh tahan juga susah nak cari webcam, rupa-rupanya. Sebab sekarang desktop atau laptop memang dah ada camera sendiri. Dulu-dulu webcam banyak jual hargapun tak mahal mana,tapi sekarang memang dah kurang. Masa round low yat tu ada 3 pilihan brand, 1 branded TP Link. Harga yang branded memang ratuslah.

Ikutkan nak cari yang budget bawah seratus je, sebab bukan nak pakai hari-hari. Laptop pula dah ada camera sendiri. Cuma kena beli satu untuk desktop. Terpaksalah beli juga webcam yang harga seratus lebih, sebab kualiti gambar lagi ok. 


Dah dapat webcam, kena pilih headset pula. Memandangkan budak-budak yang nak pakai. Ambil masa jugalah nak memilih saiz headset kanak-kanak. Nasib baik banyak pilihan headset tapi bukan khas untuk budak. Harga pula boleh pilih ikut budget. Biasanya kalau branded memang tak kuranglah Rm50 ke atas.

Headset kanak-kanak tak bayak pilihan. Jadi salesman situ cadangkan cari saiz yang paling kecil. Lagipun boleh laras ikut saiz kepala. Pilih punya pilih, akhirnya ambil 2 headset 1 brand logitech harga rm65, satu lagi tak branded harga dalam rm20 lebih, tak ingat dah. 



Selesai semua misi mencari barang-barang untuk kelas online, malam tu juga, set up semua. Alih meja komputer masuk bilik, sebab nak elak dikacau adik yang kecil baru umur 3 tahun.

Alhamdulillah, esoknya dapat join kelas seadanya....sebab apa seadanya, nanti kita sambung, cabaran jaga kelas online anak masa PKP pula 😄










  • Share:

You Might Also Like

0 Comments