Tapi walau rasa halia ni kurang sedap dimakan macam tu saja demi nak turunkan berat badan memang kita akan usaha telan juga air halia ke teh halia sebab nak dapatkan khasiat halia.
Halia ni kategori superfood, boleh juga dikategorikan sebagai herba, boleh masukkan dalam makanan, boleh buat ubat.
Jadi macam mana halia boleh berfungsi turunkan berat badan kita. Bahan apa yang terdapat dalam halia boleh membakar lemak- lemak dalam badan?
Menurut kajian dalam halia terdapat antioksida atau sejenis phyto kimia tumbuhan yang disebut Gingerol dan 6 -Paradol.
Antioksidan ni berfungsi menstabilkan radikal bebas dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit diabetes, jantung dan juga menaikkan berat badan.
Gingerol juga dikatakan dapat menormalkan kadar insulin dalam badan dan juga mengurangkan lemak dan meningkatkan kadar kelostrol baik HDL dalam badan.
6-Paradol pula berkesan membakar lemak lebih aktif melalui pemanasan badan yang berlaku apabila kita makan atau minum halia.
Jadi lepas ni, sesiapa yang nak turunkan berat badan bolehla amalkan letakkan dalam menu diet masing-masing.
Menu yang banyak guna halia biasanya sup, masakan stim dan makanan ibu semasa berpantang.
0 Comments