Jangan di Paku Hati Isteri

By mamalinablog - October 18, 2020


"Bila cerai satu dari kunci syurga itu dah tiada..."

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ

Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta'at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith (4163), 471/9]


Rasa nak tulis tentang cerai...sebab cerita cerai ni kita hari-hari boleh dengar artis nak dan dah bercerai,  tak payah artis, dikalangan kita sendiripun ada berlaku perceraian yang tak disangka.

Dalam dunia ni berapa ramai agaknya isteri yang tak pernah minta cerai, bagi suami yang ada isteri sekuat itu, anda patut sujud syukur 🙂

Sebab fitrahnya wanita memang sangat lemah dalam mengawal emosi, dan Allah swt pun tak letak kuasa 'Talak' atas isteri, sebab sebagai Maha Pencipta Dia dah tahu kalau bagi wanita 'TALAK' setiap hari suami kena cerai 😅

Kadang-kadang kita hairan, kenapalah suami isteri tu sampai perlu bercerai. Bila tengok muka anak-anak, kesiannya ya Allah, kecil-kecil lagi dah tak dapat hidup dalam satu keluarga. Bagi budak kecik menyedihkan sebenarnya..tapi anak-anak tak ada kuasa nak ubah keadaan. Nak tak nak terpaksa ikut saja.

Perceraian ni sebenarnya mudah kalau dua-dua pasangan bersetuju berpisah, tapi akan jadi payah kalau salah satu pihak berkeras tak nak lepaskan....

Cerai juga boleh jadi mudah kalau suami sanggup lepaskan isteri, walaupun isteri tak nak, talak tetap juga sah

Masalah yang agak susah cerai ni bila isteri minta cerai tapi suami tak nak lepaskan. Biasanya kes macam ni memang 'fight' di mahkamahlah.

Kadang-kadang isteri ni bukannya nak sangat bercerai, terutama isteri yang sangatlah susah nak sebut perkataan cerai. Yang 'patent' ni suami kena jaga-jaga sebab kalau tiba-tiba diaorang nekad nak berpisah, memang berpatah aranglah...susah nak betulkan semula.

Kuasa wanita ni adakala suami kena tahu, isteri yang diam tak meroyan jerit-jerit minta cerai itulah yang paling berisiko tinggi berpisah. Tiba-tiba boleh dapat surat panggilan dari pejabat agama.

Mesti ada suami yang fikir, tiada sebab isteri sampai perlu minta cerai. Sebelum rasa selesa, bolehla suami 'check' mana-mana kebocoran dalam hubungan dengan isteri. 

Isteri ni jangan dipandang rendah, kadang-kadang kita nampak saja isteri menurut, taat setia, tapi kalau hati kerap di paku, tak hairanlah hati isteri akan keras membatu...

Jika isteri bukan kaki maki, bukan kaki carut, Suami jaga bahasa. Sekali perkataan yang melukakan hati diucap, parut dihati kekal selamanya.

Ibarat paku di dinding, walau dicabut, bekasnya tetap kekal ada. Jangan di paku hati isteri sebab ada isteri yang fikir 'bahagia itu pilihan' dan sanggup kehilangan salah satu kunci syurganya...😌






  • Share:

You Might Also Like

0 Comments