Projek buku pertama DBP-MBBY

By mamalinablog - August 14, 2020

Sempat lagi kan menyelit di sini, Alhamdulillah, dalam hidup ada pahit manisnya. Bukan tak ada yang manis  banyak, tapi yang manis kita simpan sendiri, sebab hasil pun belum nampak baru dalam proses.


Baru bangun, tidur awal hari ni, sebab dah nak mula projek menulis buku. Projek yang lama tertangguh. Proposal dah lulus dan diterima lebih sebulan haritu.

Kena buat kerja masa anak-anak tidur, kalau tak ramai yang nak tolong mama.

Hari ni baru nak start buat storyboard. Patut dah mula awal, kekangan urusan pindah rumah baru, nak mengemas rumah boleh tahan tak siap-siap, akhirnya minggu lepas bagitahu en. Asben, kena ada meja sendiri  juga untuk buat kerja.

Bukan setakat urusan rumah dan anak-anak je yang nak kena selesaikan, kekangan ilmu menulis pun mencabar juga. Penulis amatur macam ni banyak lagi hal teknikal penulisan yang tak tahu.

Sepatutnya kena jumpa editor, disebabkan pkpp sekarang, pergerakan jadi terhad. Jadi terpaksa google dan tengok youtube je dulu untuk dapatkan gambaran sebenar proses tulis buku.

Rakan penulis yang dah professional pun ada juga kongsi ilmu, sangat membantu penulis amatur macam mama ni. Ini pengalaman pertama, 'feelingnya' lain macam 😅

Cerita apa? Buat masa sekarang rahsia, dah berjaya terbit nanti baru boleh olah lebih. doakanlah semoga urusan mama berjalan lancar ya huhu.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments