Hati dan hidup

By mamalinablog - August 12, 2020

Lapan bulan tak update blog,, paling lama dalam sejarah, lapan bulan tak buat terapi menulis, ya menulis antara terapi untuk diri. Menulis dapat meredakan gelojak emosi, bukan senang jadi suri rumah sepenuh masa di tengah kota batu ibu negara.

Tiada kawan atau jiran berbual, tiada berteman makan seofis, tiada sesiapa hanya suami dan anak-anak. Ada masa, laut yang tenang pasti bergelora juga. 

Apalah yang nak dihairankan tentang hidup, dunia kita sekarangpun makin berubah, Covid 19 tiba-tiba wujud mengganas merubah seluruh hidup satu dunia.

Kita yang dulu tak kenal termometer, tiba-tiba tahu guna, tak pernah pegang surgical facemask tiba-tiba perlu pakai setiap hari, haha hadoila...dunia berubah sekelip mata, dan janganlah kita hairan jika hati manusia juga berubah.....

Kalau nak cerita pasal covid 19, dalam website kkm pun hari-hari update. Dah..biarkan semua takdir hidup ini berjalan seperti kehendakNya.

Kita perlu teruskan hidup,, walau apapun berlaku selagi nafas dan jasad masih bersatu. Jangan mengalah dengan situasi, usaha terus redah segala ujian ini dengan sabar, kerana Allah maha Tahu yang apa yang terbaik untuk hidup ini.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments