Salam wawasan 2020

By mamalinablog - January 14, 2020

Alhamdulillah, subhanallah, teringat masa pertandingan melukis di sekolah masa dulu, di tingkatan 6 atas. Tema pertandingan lukisan wawasan 2020.


Masuk pertandingan dengan 'konfiden' terlebih mesti boleh menang ni. Paling cikai saguhati. Lukisan monorail, bunga raya yang besar gedabak gambaran sebuah bandaraya yang maju, kereta terbang ala gotham city.

Masa hari pertandingan, tib-tiba 'feel' melukis tak datang, semua idea berterbangan, tangan kaku keras, nak lukis bungapun terkial-kial... hilang terus keyakinan, akhirnya memang tak dapat apa-apa hadiah sebab lukisannya teramatlah kelakar, gelak besar guru kelas masa tu bila tengok lukisan akak tingkatan 6 dah macam lukisan budak tadika 🤣

Itu kisah 22 tahun yang lepas, sebenarnya ada kisah disebalik wawasan 2020 yang pada masa itu galak dicanang. 

Kisahnya.... terdetik dalam hati masa tu... adakah aku masih hidup di tahun 2020, kira-kira umur akan mencecah 41 tahun. Ntah sempat ntah tidak. Bila berfikir tentang masa depan, selain harapan yang diingat, mati adalah antara perkara yang selalui dilupai. 

Subhanallah, aku masih bernafas, alhamdulillah tahun 2020 yang ditunggu segenap rakyat ketika itu akhirnya menjelma hari ini, tahun ini.

Tiada kereta terbang, bukankah harapan memang seperti itu. Mungkin bukan sekarang, tapi satu hari memang akan wujud, sepertimana kapal terbang yang gah diudara juga adalah satu harapan satu masa dulu. 

Walau apapun terjadi dalam kehidupan ini seperti 22 tahun lepas, tercapai atau tidak setiap perancangan atau hasrat. Pegang satu jitu. Harapan tak akan pernah padam selagi hayat dikandung badan. 

Nyawa selagi masih bersatu dengan jiwa. Teruskan hidup melangkah walaupun lelah. Sebelum bertemu pencipta abadi. 





  • Share:

You Might Also Like

0 Comments