Fa sabrun jameel

By mamalinablog - June 28, 2019

Ayat ni didengar masa tazkirah tarawih bulan lepas, selamat hari raya semua 😊, subhanallah rupanya syawal dah ke penghujung. Lagi beberapa hari dah nak habis.

Fasobrun jameel, bermaksud 'sabar yang indah'. Ustaz yang berceramah tu ada pesan, kalau jumpa dengan sesiapa dalam kesedihan, ucapkanlah fasobrun jameel... supaya reda kesedihannya, legalah sedikit rasa hatinya yang sedang berdukacita.

Fasobrun jameel untuk diri sendiri hari ini genap 40 tahun diatas dunia. Sanah helwah untuk diri sendiri, ya Allah cepatnya masa berlalu, rasa baru semalam buat epidural steroid injection bulan April tahun 2018, tak sangka hari ini June 2019, sakit slip disc, menyerang semula, merasalah demam manja sekali dua dalam seminggu ni. Pertama kali jugalah mengalir air mata tahan sakit, kali ni sakit 2 kali ganda rasnya dari mula-mula rujuk hospital tahun lepas

Kebas sebelah kaki kiri yang makin kerap, padahal tak adalah aktif manapun bergerak, tapi yang jelas berat badan memang meningkatpun, kira dah 'overweight' sekarang 😪.

Pening juga macam mana nak kawal berat badan, makan sikitpun berat naik sebab tak dapat aktif, bersenam macam orang sihat, adalah sekali dua masa tak rasa sakit belakang, ikut berzumba dengan youtube, sudah makin sakit jadinya, berat tak lah turun banyakpun, tak pasal sakit yang lebih 😂

Dugaan betul dapat penyakit slip disc ni, memang menduga iman dan emosi, bila kita yang aktif terpaksa jadi kurang aktif, rasa macam 'dunia sudah berakhir....' dah tak dapat nak hiking ke gunung, tak dapat lagi nak camping ke pulau, di punya beranganlah nanti anak-anak dah besar mama nak buat aktiviti yang mama suka..

En. Asben pandang muka isteri dia yang tk berhenti cerita itu ini pasal hobi dan minat sejak azali, sekali en Asben 'sound' dah dah la mama, umur dah banyak ni baik fikir pasal amal ibadat yang banyak lagi lompong sana sini, begitulah lebih kurang maksud ayatnya.

Aduh, sentap rasa hati, masih lagi tak nak kalah, ini hobiku, minatku duniaku yang suka bebas mengembara masuk hutan, ke pulau, naik gunung, aktiviti lasak perlu stamina yang kuat.

Semua ni aktiviti yang dipendam diimpikan untuk dilaksanakan satu hari nanti, bagi orang yang kurang minat mungkin tak faham, melupakan seketika minat menuntut pengorbanan perasaan. Macam anak kecil nak makan ice cream, tapi tak boleh makan sebab bimbang sakit, apa rasanya anak kecil tu... menangis meraung kesedihan dan dalam fikirannya sentiasa terbayang ice cream idaman. Contoh sahaja.

Begitulah manusia, bila tak dapat apa yang disukai, akan marah memberontak, tanpa sedar, siapa yang memberi sakit, kenapa diberi sakit... Allah hu akbar, terlupa lagi..

Allah izinkan sakit pasti ada hikmahnya untuk diri sendiri. Allah tarik apa yang kita sukai pasti ada hikmahnya yang kita tak tahu. Allah yang maha Agung mengatur perjalanan hidup kita pastilah lebih tahu.

Hari-hari berdoa, apa sahajalah Allah yang terbaik bagi diriku, engkaulah yg maha mengetahui, dan diberi sakit tapi merintih dan tak menerima takdir ketetapanNya, mana iman? Setelah berserah kepada Allah swt, bila tiba satu ketentuan takdir yang menyakitkan terus lupa pada nikmat lain yang Allah dah bagi.

Betullah hati manusia tak pernah puas, bila nampak hambaNya ini agak sukar mengawal nafsu, dibantunya, sakit mengalih pandangan nafsu, mencari kegembiraan melalui hobi, minat keduniaan yang silap percaturan boleh melalaikan.

Bagi hambaNya yang masih buta tetaplah merintih bersedih atas kesakitan, tapi bagi mereka yang ingin melihat fasob
run jameel, Alhamdulillah, wahai
Allah izinkan aku  satu hari nanti`hiking' dalam syurgaMU 😊, jauhkan aku dari neraka jahannam.






  • Share:

You Might Also Like

0 Comments