40 tahun di Dunia

Lama tak menulis di sini. Tak perasan dah dah masuk bulan 3 satu entripun tk ada. Alahai...sendu rasanya diusia 40 puluh tahun.

Belum cukup lagi tapi anggota badan dah nampak perubahannya. Berat badan makin susah dikawal. Rasa makan tak banyak tapi berat makin naik 😥,

Selain tubuh badan yang mula dah rasa tak sekuat macam 20 tahun lepas, boleh sampai puncak Kinabalu tanpa training. Uban pun dah mula menyelit antara helaian rambut celup perang ni 🤣

Bila uban dah mula beranak pinak, bermakna tanda-tanda panggilan kubur makin dekat, kubur dah kata mari, rumah pun kata pergi. Walaupun anak-anak kecil lagi. Mana mungkin kita dapat kawal masa 'mati'...seram sebenarnya bila fikir tentang mati.

Hidup memang pelik, ada masa rasa eh baik mati je, tapi takut. Takut sebab sedar amalan seciput. Ada masa lain pula, doa pula pada Allah swt panjangkanlah umur supaya sempat tunaikan semua amanah didunia ni. Aish...memang pelik manusia ni.

Dalam kepelikan hidup, masa tetap berjalan diatas takdir izinNya. Setiap perbuatan dan kata tetap dinilai. Tak jadi mama yang baik akan ditulis, tak jadi isteri yang baik akan dinilai, tak jadi anak yang baik akan disoal.

Segala urusan atas didunia ni taklah terhenti disini sahaja bila mati. Aktiviti kita memang terhenti tapi hasil dari aktiviti kita dari sebesar zarah tetaplah tak terlepas dari perhitungan.

Aduhai 40 tahun di dunia, macam manalah rupanya hidup di sana....

0 Comments