Selamat Tahun baru 2019

By mamalinablog - January 01, 2019

Alhamdulillah, alhamdulillah,alhamdulillah..

Apalagilah perkataan yang patut diucapkan melainkan ini. Diberi nafas hingga ke saat inipun dah cukup baik. Sebanyak-banyak nikmat hidup yang Allah bagi, kadang-kala terlupa, nikmat nyawa ini masih ada. Sebesar manapun dugaan yang kita hadapi tahun lepas 2018, kita masih lagi bernyawa bukan?

Hidup, mana mungkin sentiasa tenang, mana juga mungkin sentiasa perit. Dalam pahit pasti ada manisnya. Belum terbukti kita beriman selagi belum diuji.

Tengok berita tadi seorang ibu kehilangan 3 orang anak perempuan sekali gus, mati lemas dibawa ombak. Allah hu Akbar besarnya dugaan si ibu. Semoga Allah swt kurniakan kekuatan mental yang hebat pada si ibu. Bukanlah mudah menghadapi kehilangan anak secara tiba-tiba. Alangkan kita anak demampun dah risau macam apa. Ini pula soal nyawa. Damailah disana anak syurga.

Itu orang, macam mana kalau kita, Allah, semoga kita sentiasa dibawah panduan Allah swt dalam apa jua keadaan. Andai berduka belajarlah untuk tidak terlampau bersedih, andai bahagia belajarlah untuk tidak terlampau gembira.

Ini hidup, perjalanan hidup pasti ada ranjaunya.

Semoga kekuatan iman dan kesihatan yang baik mengiringi masa depan, terutama untuk pembaca mamalinablog.com, terima kasih setia membaca tulisan disini.

1.1.2019

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments