Tukar theme blog

Aduhai, berapa kali dah tukar theme blog ni, masih tak berpuas hati. Masalah negara betul :D, bila dah tukar ada je rasa tak puas hati, cari lagi theme lain.



Oklah, apa itu theme untuk blog, secara bahasa mudahnya theme ni rekabentuk blog kita, warna, jenis tulisan gambar yang memaparkan blog. Boleh juga dikatakan background blog la, boleh pilih nak rupa macam mana. bagi orang yang kerja design website memang pakarlah bab theme ni.

Tapi bagi ahkak ni pening juga lah edit blog, tapi tak serik-serik, tetap nak tukar sempena masuk tahun baru 2019. Jadi nak tukar lah cat rumah bagi nampak segar dan terkini. Ye la tu hahaha.

Apapun harap lepas ni dah tak rasa nak tukar yang lain, penat dah tangan ni klik sana sini. Patut fokus pada content je untuk naikkan trafik. Ni lain pula jadinya

0 Comments