Rendang Ayam Mudah


Sebab teringin nak makan Rendang, terus buat rendang ayam untuk makan tengah hari tadi. Ini resepi ikut cita rasa sendiri, jadi jangan hairan kalau tak sama bahan ya , alhamdulillah anak-anak kata sodap dan mama dapat .

Bahan-bahan
6 Potong Ayam
1 kayu manis, bunga lawang, cengkih
1 mangkuk@kotak santan kecil
2 sudu besar kerisik
1 sudu serbuk kari daging
1 sudu besar cili boh
1 sudu kecik air asam jawa
2 helai daun limau purut


Bahan dikisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih 
2 hiris lengkuas 
2 hiris hali2 batang serai


Cara buat
1. Panaskan sedikit minyak, tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih
2. Masukkan bahan kisar, cili boh, serbuk kari, air asam, garam gula secukup rasa.
3. Bila pecah minyak, masukkan ayam gaul rata tunggu hingga ayam setengah masak.
4. Masukkan santan gaul rata, hingga kuah sedikit pekat masukkan kerisik.
5. Masukkan daun limau purut dan gaul hingga pecah minyak.

Sedap dimakan dengan pulut,nasi putih atau roti. Lepas masak tadi rasa macam hari raya pula, semerbak bau rendang dalam rumah 


0 Comments