Proses upgrade blog - Never Give Up!


Masih lagi dalam proses nak upgrade blog ni, target mesti siap sebelum minggu depan, aiyakk.. tinggal 2 hari je lagi. Lepas tu dah boleh fokus pada content. Setelah lebih 5 kali pasang tukar theme baru, akhirnya terpaksa pakai theme yang sama juga hahaha haru.
Buat penat je, buang masa satu hal, sebab setiap kali tukar theme baru, ada je ralat, stress mak!!! yang last, dah ok kat desktop sekali masuk mobile, button 'menu' tak berfungsi pula uwawa...Allah je tahu 'frust' rasanya.

Tapi tak boleh putus asa, sepayah manapun, walau edit blog sambil si Ecan duduk atas riba. Mesti kena siapkan juga. Sebab blog nilah sekarang penglipur lara mama di sini, di sini....Dapat menulis rasa lepas sesak di dada. Lega, tak adalah terfikir nak pergi taman ke, nak window shopping ke atau ajak en. Asben dating.

Hujung tahun ni, 'this is the right time, to design new life!!!' Chaiyokk! Mama-mama penunggu rumah, hiburkan hatimu, cipta kegembiraan sendiri, 'Love yourself" tapi bukan sampai 'selfish'. Set target untuk masa depan, walau sebesar mana rintangan yang mungkin kalian hadapi, percayalah selagi kita masih bernyawa kita berhak untuk rasa 'Happy' gembirakan harimu demi anak dan orang-orang yang kalian kasihi.

Berhenti bersedih. Berhenti berharap pada makhluk, sandarkan seratus % hidupmu pada yang kuasa. Hanya Allah memberi bahagia, hanya Allah penunjuk jalan. Kita hanya hamba yang sedang melalui jalan ujiannya, tanpa Allah kita pasti sesat. Hidup hanya perjalanan, pengakhiran kelak hanya ada dua kenyataan.

Samada kita ini berakhir di syurga, atau kita ini calon ahli Neraka. Pilihan ditanganmu wahai mama-mama sekalian....sayangilah diri kita demi hidup yang kekal abadi hari depan. Seperti pesanan Alim Ulamak terkenal AGym dari Indonesia,

"Kita hidup jangan diatur dengan KEBURUKAN orang lain"


0 Comments