Cuti Sekolah Berakhir, Persediaan Masuk Sekolah

Cuti sekolah dah nak habis, dah tiba untuk persiapan sekolah. Semua ibu bapa mesti keadaannya lebih kurang sama. Mula sibuk lengkapkan keperluan anak ke sekolah untuk sesi persekolahan baru.

Alhamdulillah masih diberi rezeki masuk sekolah sesi 2019. Dalam sibuk-sibuk kami mencari kelengkapan anak sekolah, teringat pula masa zaman kecil bersekolah dulu era zaman 1980 an.

Masa tu kehidupan memang jauh berbeza jika dibanding dengan zaman anak sekarang. Lagi pula suasana di Felda (kampung) suasana persiapan tak berapa nampak di kalangan ibu bapa.

Bila dibandar kita boleh nampak kesesakan di shopping complex ibu bapa sibuk memilih barang keperluan persekolahan anak. Kita boleh nampak sesi ukur mengukur, berlaku depan mata. Kalau dulu di kampung biasanya ibu bapa beli kelengkapan jarang bawa anak ikut sekali ke bandar.

Bagi kami pula adik beradik, biasanya nak beli kasut baru mesti mak ukur kaki dengan lidi je, baju pun mak akan bawa baju lama untuk ukuran masa mak dengan abah keluar ke bandar beli barang. Yang pasti tak adalah kami dibawa bersama. Maklumlah kami ramai 6 beradik.

Tapi sekarang lebih 'advance' anak bukan saja dibawa semata ukuran malah diberi peluang untuk pilih kelengkapan sekolah yang diminati. Sebenarnya agak keliru bagi ibubapa yang dididik zaman 80an untuk pilih cara manakah yang terbaik melayan anak.

Kadang-kala isu macam ni pun boleh cetuskan perbalahan antara ibubapa. Akibat tiada persefahaman dalam mendidik anak.

Inilah hidup, walaupun susah untuk capai persefahaman ibu bapa mesti usaha untuk toleransi. Mungkin belajar memberi pilihan itu lebih baik, siapa tahu. Apapun kisahnya di penghujung peristiwa matlamat kita yang utama adalah memberi kemudahan pada anak dan mereka gembira serta bersemangat untuk mulakan sesi persekolahan yang baru.

Selamat masuk sekolah baru Ahmad sayang, enjoy macam kakak dan abang-abang 😍

Kakak tingkatan 2, Ali darjah 3, Jaji 6 tahun, Ahmad 5 tahun

Mama sayang kalian hingga hujung nyawa 🤗,

Ecan setahun 6 bulan sekolah saja dengan mama di rumah 😅

0 Comments