Apa itu 'Shocking Content' dalam Adsense



Mulanya rasa tak perlu kot nak tulis entri tentang Google Adsense ni. Tapi bila fikir semula, setiap masalah yang datang mengenai blog, kebiasaannya mesti blogger lain pun akan hadapi masalah yang sama. Jadi terfikir kenapa tak tulis sebagai perkongsian dan mungkin juga ada blogger lain yang ada solusi berbeza, walaupun masalahnya sama.

Oleh sebab fokus sekarang  pada Adsense, jadi semua notis tentang Adsense memang akan dibaca. Bila dapat mesej dari google bagitahu ada violance policy dalam mamalinablog dan'check' rupanya page yang kena ban tu page paling tinggi trafiknya dalam mamalinablog.


Pada mula tak tahupun apa 'shocking Content' yang tak patut ada dalam blog. Terfikir juga sebab apa, bila tengok, penerangan dari google dibawah,


Violent and shocking content in ads

We value diversity and respect for others, and we strive to avoid offending or shocking users with ads, websites, or apps that are inappropriate for our ad network.
Here are some examples of content that we consider or may be violent or shocking:
  • Profane language
  • Violent language
  • Discriminatory terms or imagery
  • Gruesome imagery
  • Graphic images or accounts of physical trauma
  • Gratuitous bodily fluids or waste
  • Promotions that are likely to shock or scare
  • Promotions that are capitalizing on sensitive events
What we consider as shocking factors in video ads:
  • Whether the video shows scenes containing violent and/or graphic imagery that can be shocking or disturbing to viewers (e.g, Showing blood splatter, sexual fluids, human or animal waste)
  • Whether the video shows the graphic aftermath of a violent act
  • Whether the shots of violence or gore are the focal point of the scene in the video
  • Whether the violence contained in the video is realistic when posted in a dramatic context
  • Other factors include the camera angle and focus, and the clarity of the images in the video

Baru faham dan dapat kesan masalah dalam entri RAWAT BATU KARANG ALTERNATIF berpunca dari gambar 'real' keratan rentas batu karang dalam hempedu yang mungkin 'trigger' bagi orang yang tak boleh tengok gambar berdarah, agak menggelikan bagi sesetengah orang yang sensitif.

Jadi bila dah dapat agak punca, akak 'immediately delete' gambar hempedu tu. Lagipun gambar dari ehsan google juga, jadi bila nak delete tu taklah rasa berat hati. Jadi selesai satu isu, harap lepas ni, iklan Adsense boleh berjalan lancar. Kalau boleh tak nak ada isu violence policy sebab Adsense ni agak ketat juga peraturannya. Dari pengalaman blogger lain ada akaun yang dibekukan bila sebarang penipuan atau salah laku dikesan berlaku dalam blog.
Bayangkan kalau dalam akaun dah ada income tiba-tiba kena beku, mahu tak sedih. Macam orang kerja tapi tak dapat gaji, macam tu lah perasaannya, haru kan.

Apapun, selain menulis sebab income, yang utama blogger menulispun sebab 'minat'. Kalau bagi akak tulis blog juga salah satu cara atau terapi melegakan stress mama anak 5, ingat senang nak jaga anak 5 orang hahaha. Apapun alhamdulillah diberi juga nikmat ada anak dan keluarga. Yang penting' syukur'.....

0 Comments