Slip Disc - Kaki Kebas sebelah

Bagi penghidap slip disc mesti tak dapat lari dari kaki kebas kan. Memang nak jangka dah balik dari Penang mesti makin sakit semula sebab duduk lama sepanjang perjalanan lebih kurang 4 jam setengah.

Lepas mri dan doktor sahkan tulang belakang l4 l5 ada herniated disc terus kehidupan berubah. Aktiviti dah tak boleh aktif macam dulu.

Sebenarnya dulu pun sakit lepas kemalangan dilanggar kereta masa bawa motor, cuma on off dan tak kerap. Tak tahupun puncanya slip disc 😂, ingat sakit urat biasa-biasa je. Sampailah bulan April baru ni kaki kiri tiba-tiba kebas, terus refer ke klinik dan doktor nasihatkan buat mri.

Bila dah sah slip disc, Allah je tahu bukan senang nak terima. Rasa macam tak percayapun ada. Tapi inilah realiti hidup akan diuji, diuji hingga ke nafas terakhir.

Oklah, macam mana nak kesan kaki kita kebas, rasanya macam sesemut di kaki. Susah nak gerak dan rasa tak selesa.
Bagi yang ada masalah slip disc, akan rasa sakit macam ada urat menegang bermula dari pinggang dan menjalar terus ke kaki.
Sakit tu kebiasaannya disebabkan saraf skiatika yang tersepit oleh disc yang dah terkeluar atau rosak.

Kalau anda selalu sakit belakang, lower back pain sampai ke kaki, referla doktor dan buat lah mri cepat-cepat supaya boleh ambil langkah berjaga-jaga untuk elakkan sakit makin teruk.

Sekurangnya bila dah tahu memang ada slip disc tak adalah 'kau' suka hati buat kerja berat-berat.
Slip disc akan terkawal dan tak perlu tanggung kesakitan berlebihan. Masih boleh pergi kerja macam biasa dan jalani hidup macam biasa.

Kalau tak tahu awal pula, kemungkinan slip disc makin teruk sebab kita tak kawal pergerakan. Jadi lebih baik tahu punca sakit awal dari makin teruk dan kita makin sakit.

0 Comments