Menu hipster Ice Cafe, Penang


Cerita minggu lepas masa balik kampung Penang, Fatihah anak saudara en. Asben bawa kami jalan-jalan ke Penang, ini antara tempat menarik yang boleh dilawati bila ke Penang. Ice Cafe.


Ice Cream bersalut Serunding dan Sambal


Ice Cafe ni lokasinya boleh dikatakan tengah bandar Penang, terletak di tingkat 1 bangunan kedai, konsepnya cafe musim sejuk ala-ala makan di oversea la gitu. Bagi akak budak-budak memang suka masuk cafe ni sebab sejuk dan deko dalam tu ada iglu dan polar bear yang menarik akan tarik perhatian budak nak main.




Bagi mama-mama orang pula cafe ni sesuai untuk hilangkan panas lepas jalan-jalan di luar, duduk sambil makan ice cream bersalut serunding dan sambal rasanya manis-manis pedas, pelik tapi boleh telan la hahaha serta menikmati kedinginan musim sejuk. Bagi anda yang tak boleh terima menu hipster ala fusion macam ni, boleh order menu lain. Apapun dinasihatkan tanya staffnya dulu sebelum nak order.




Nak masuk Ice Cafe ni free je, tapi nak order makan sekurang-kurangnya mesti ada budget dalam RM100 sebab satu menu bagi combo harga dah cecah rm50 lebih.


Kalau nak bagi anak rasa pengalaman berbeza masa melancong, boleh lah datang ke sini sebab 'so far' lepas balik dari kampung pun anak-anak masih 'flash back' lagi keseronokan diaorang main kat sini. Kawasan tak luas tapi suasan nya sahaja yang unik sebab macam masuk dalam peti ais besar haha.

0 Comments