Cuti sekolah 2018



Esok dah hari terakhir sekolah anak-anak, cepatnya masa berlalu sedar tak sedar dah nak nak masuk tahun 2019. Tengok anak-anak yang semakin membesar terfikir diri yang dah makin tua. Tua ke? Haha..kalau dah nak masuk 4 series kira tua lah kan. Biasalah setiap kali cuti hujung tahun, kepala mama mula ligat fikir aktiviti untuk anak-anak masa cuti.

Dari dulu memang selalu plan aktiviti cuti, tapi biasalah, akhirnya plan hanya jadi 'planner' haha..bukan senang nak atur budak-budak 5 orang. Berpeluh jugala minda, cabaran jaga anak awal remaja dengan kanak-kanak pra sekolah lagi ditambah baby setahun lebih. Pengsan mak nak. Apapun dah nama mama apa lagilah yang nak difikirkan lagi melainkan kebajikan anak-anak. Bila kata seorang ibu perlu berkorban, baru faham sekarang. Dari sudut mana seorang ibu itu akan 'terkorban'.

Mengurus anak-anak juga perlukan pengorbanan. Berkorban masa rehat, masa tidur, masa berhibur sampaikan masa beribadat pun adakalanya terhad. Ini pengorbanan fasa pertama seorang mama, fasa anak-anak masih kecil yang belum mampu urus diri sendiri. Semua mama yang perlu urus dari nak makan minum, mandi, main sampailah nak tidur.

Bukan anak-anak ni tak mahu atau malas nak urus diri, tapi memang budak-budak kecil pengetahuan mereka terhad, kita boleh ajar, tapi ada masa mereka tetap akan lupa dan tak ikut pun sebab sibuk bermain. Tengok saja kalau mandi berapa lama dalam bilik air, berapa kali sabun habis sebotol haha. Kalau lah kita anggap budak kecil ni faham, seratus peratus maksud 'jimat' mesti kita boleh angin satu badan bertukar jadi naga.

Tapi anak-anak kecil itulah kejadiannya, nak tak nak sebagai 'parents' kita mesti terima dan faham. Marah boleh sebagai pengajaran dan ingatan, tapi jangan sampai kita menyakiti mental dan fizikal anak hanya kerana sebotol sabun mandi yang dah kering kontang, adakah wajar?

Belum lagi ditambah setiap kali suruh siapkan homework, katanya dah siap, lagi 'best' tak ada homework katanya. Oleh sebab tahun 2018 banyak kali kena klentong, jadi tahun depan mama nak pantau betul-betul homework anak-anak. Silap sendiri juga sebab tak buka beg sekolah anak hari-hari. Apa aktiviti anak pun boleh tak tahu.

Dah macam tazkirah pula khenn.. ok la apa plan kita masa cuti ni? Apa plan anda pula untuk anak-anak tersayang. Oleh sebab kami dah balik kampung minggu lepas, jadi mungkin dah tak ada plan bercuti ke tempat yang jauh. Kalau makan angin pun dalam area Kl ni juga lah. Ikutkan banyak lagi sebenarnya Tempat Menarik dalam KL ni yang belum dilawat. Lagi pula En. Asben pun bukan senang nak dapat cuti. Jadi jalan-jalan hujung minggu sahaja, tapi tak tahu lagi mana nak pergi.

Sebenarnya, untuk aktiviti hujung tahun ni bukan setakat bawa anak jalan-jalan saja, banyak aktiviti yang kita boleh buat. Antaranya kita boleh susun jadual untuk ulangkaji semula subjek-subjek pelajaran anak-anak yang lepas. Terutama subjek mata pelajaran yang anak-anak lemah. Boleh tengok dari keputusan akhir tahun.

Jadi cuti ni adalah peluang nak 'review' semula semua kekurangan dan kelalaian mamanya urus anak sepanjang persekolahan tahun 2018, dan ikutkan inilah 'target' aktiviti untuk anak-anak bagi cuti tahun ni. Terutama pada kakak yang dah nak masuk tingkatan 2 dan Aliman darjah 3 tahun depan.

Harap rancangan berjalan lancar, sebab untuk memastikan rancangan terurus lancar, faktor utamanya adalah pada diri mamanya sendiri. Mama yang perlu kuat, perlu sabar dan perlu displin untuk pastikan anak-anak ikut semua plan. Tapi kalau mamanya pun kelaut, apa nak harap anak-anak boleh ikut kan huhuhu. Good luck pada semua mama-mama semalaysia. Selamat mengurus anak-anak walau sesibuk mana bekerja, walau seserabut mana duduk dirumah haha, ingat Allah swt itu ada.






0 Comments