Changkat, Nibong Tebal

Baru lepas balik dari kampung semalam, alhamdulillah anak-anak happy sakan. Bukan senang nak dapat balik Penang, maklumlah jauh, itupun rasanya dah setahun lebih anak-anak tak jejak kaki ke kampung asal usul abah dia orang.

Mak pak mertua asalnya orang Penang, memang cakap utagha la bila di rumah. Antara orang yang paling gembira bila balik kampung tentulah mak mertua a.k.a Tok budak-budak ni.

Lagilah adik beradik mak mertua semuanya duduk Penang, cuma beliau je menetap di Pahang masuk Felda. Uniknya Felda, dalam satu kampung penduduk dari pelbagai negeri seluruh Malaysia.

Istimewanya bila balik Penang, mestilah seafood nya. Kebetulan pula abang ipar en. Asben ada bot sendiri. Memang seronok lah kami dapat naik bot free 

Kampung Changkat pula memang ada jeti sendiri, lepas ni kalau ada rezeki memang setiap kali balik memang budak-budak ni minta naik bot lagi 

Bagi mamanya pula balik kali ni antara niat utama nak ziarah kubur arwah Don, anak saudara suami yang hayatnya sangat rapat dengan kami.

Rasa tak lengkap kali ni balik kg. Biasanya arwahlah yang akan meraikan kami bila balik.  Masih terbayang lagi beliau akan cerita tempat-tempat menarik di Penang, bila balik sana sebelum ni.

Tapi kali ni hanya pusara beliau yang menunggu ,

Don damailah disana, bersama restu mak dan ayah yang setiap hari mendoakan mu.
Al Fatihah buat Amran zakir @ Don

0 Comments