Adsense dah Aktif semula

Alhamdulillah, iklan adsense dah aktif semula dalam blog. Huhu syukur sangat. Baru rasa semangat nak update blog hari-hari 
Kalau tak terperam lah blog, kadang-kadang berbulan-bulan baru tulis satu entri. Mana tak, rasa macam sia-sia pula kalau tulis tapi tak datangkan hasil.

Bila adsense dah aktif semula ni semangat nak naikkan traffic. Bagi blogger semakin tinggi traffic maksudnya makin tinggi lah pulangannya.


Adsense ni income dalam USD, jadi walaupun dapat USD10 bila tukar RM lepas la juga buat beli top up 藍.

Sebenarnya kerja tulis blog ni sangat sesuai untuk suri rumah sebab daripada kita membawang kat fb tapi tak dapat hasil, baik kita membawang dalam blog ada juga hasil.

Tapi fb kalau kena caranya pun boleh bagi hasil bila rajin promot bisnes. Cuma sepanjang bisnes online ni, terus terang sale ekf 75% datangnya dari blog bukan fb.
Sebabtu kalau anda buat bisnes online buatlah blog untuk sebarkan info bisnes dalam masa dapatkan prospek untuk bisnes. Serius tak rugi.

Beza blog dengan fb, blog kita tulis sekali dapat bagi sale berkali-kali. Tapi fb mesti kena update setiap hari, kalau tak orang akan lupa apa bisnes kita.

Jadi kenapa tak jalankan dua-dua medium lagi bagus. Kalau tak pandai buat blog, boleh upah je blogger buatkan. Kalau tak silap tak adalah mahal macam upah design website.

Sebab blog ni free je hostingnya. Jadi kos lebih murah. Nak upah akak buat blog? Haha buat masa ni tak ambil job lagi sebab nak fokus pada mamalinablog.com je.

Target nak capai pasif income USD500 sebulan, lepas tu barulah boleh buat kerja sampingan lain. Insha Allah.
.

0 Comments