Sebelum Mati

Tahun depan bakal mencecah 40 tahun. Subhanallah, Alhadmdulillah masih diberi nyawa untuk terus hidup.

Kadang- kadang rasa macam cepat nya masa berlalu, sedar tak sedar kita dah dewasa menuju 'tua'.

Walau orang putih kata 'life begin fourthy', hakikatnya beruntunglah bagi mereka yang beramal soleh dan bertakwa sejak umur muda lagi.

Dah tentu berbeza balasannya dengan orang tua yang baru nak berubah mengumpul pahala mengharap keredhaan Allah swt.

Apapun kita yang tua, janganlah pula putus asa dari rahmat Allah. Sebesar manapun dosa, seberat manapun buruknya masa lalu, masih sempat kita memohon keredhaanNya dalam kehidupan kita didunia ini selagi nyawa dikandung badan.

Fikirkan jika esok kita mati....apa perkara yang kita sangat ingin buat. Urusan apa yang paling kita nak buat sebelum mati...

Lunaskan hutang? Sempurnakan amanah dan tanggungjawab pada keluarga tercinta? Baiki amal ibadat....

Pilihlah urusan yg boleh pastikan kita diredhai Allah swt sehingga nafas kita yang terakhir. Kerana dunia bukan rumah kita....

Perjalanan hidup kita masih panjang, berakhir di dunia bermakna bermula kehidupan lain yang bakal kita jalani.

Mati bukan pengakhiran, tapi mati adalah permulaan perjalanan hidup yang pasti sangat sukar jika kita tidak mrmbawa sebarang bekal ke sana..

Fikir dan buatlah....Apa urusan yang sangat kau ingin BUAT sebelum engkau MATI.

0 Comments