Keria Gula Melaka

Buat kuih ni semalam, disebabkan dalam rumah ni ramai pembantu tak bertauliah jadi mamanya buat kuih senyap-senyap.

Sorang masuk dapur dapat soalan, "mama masak apa tu?" Sorang lagi masuk dapur soalan sama..

"owh, mama potong keledek ni", tak berani nak cakap mama nak buat kuih 😅

Last masa sedang bentukkan kuih keria ni, sorang dah nampak, mama buat kuih..nak tolong' nak tolong. Tak apalah dah nak siap mama bagitahu.

Bukannya tak mahu bagi tolong, faham aje budak bila tolong kerja boleh siap 45 minit boleh jadi 2 jam.

Kuih ni senang nak buat, ada cara nak bagi kuih tak jadi keras atau liat. Ubi keledek dipotong kecil dadu dan rebus letak air cukup-cukup paras ubi.

Bila keledek dah empuk, masa panas-panas tu lenyek terus dan campur tepung gandum. Jadi tepung dah masak, goreng tak perlu lama.

Untuk bentukkan kuih guna minyak masak  di tapak tangan, sebab bancuhan memang lembik sedikit. Kalau guna tepung kuih boleh jadi keras.

Cara sira gula, boleh google, mesti ada yang share 🤗

0 Comments