Bila anak 'Exam'

Biasanya mak bapa lah yang lebih dari anak. Zaman sekarang jauh beza betul dari zaman 90 an dulu.

Dulu exam berapa ramai mak ayah yang sama-sama sibuk study dengan anak. Sekarang anak nak exam mak pula yang kena study sama 😅.

Baru ni si Aliman nak kena lisan bahasa Arab, tak pasal-pasal mama yang tak tahu berbahasa Arab kena study sama.

Sudah, mana nak mengajar, lagi si kecik Ehsan minta dukung. Kalau BM mungkinlah dari jauh pun boleh jawab bila anak tak faham. Ini bahasa Arab kot.

Gigih buka kamus, nak harap budak darjah 2 buka kamus memang taklah kan, lagi budak lelaki. Allah bukanlah mudah nak suruh study.

Nasiblah zaman sekarang, nak tak nak, mampu tak mampu ibu bapa mesti kena libatkan diri urusan akademik anak.

Kalau tak, ibu bapa sekali kena sound dengan guru  kelas "pn.  anak perlu diberikan perhatian lebih!" 😂

0 Comments