Permainan harga Kacip fatimah UTM


Bila dapat mesej pembaca yang nak jadi dropship produk ekf utm, tak tahu nak terangkan macam mana. Bukan tak nak nak promosikan produk atau cari ejen, tapi nampaknya semua usaha lama sia-sia sebab ada ejen yang main cantas harga secara terbuka. Boleh tengok harga yang jual kat shopee pun dah nampak berapa banyak diaorang turunkan harga sampaikan sebabkan ejen lain tak dapat cari makan.

Jadi bila ada yang nak beli banyak tanya pasal produk lepas tu nak harga setaraf shopee, kita galakkan beli sahaja la terus dari shopee. Belum lagi ada ejen yang repack produk kacip fatimah tu semula dan letak harga lagi rendah. Macam manalah para stokis ni nak hidup. Kita pun dapat bekalan dari supplier berapa peratus je untung yang diberi.

Teringat masa mula-mula nak jadi stokis haritu, berusahalah kita ,minta sponsor dari en. Asben buat modal nak mula jual ekf utm rm1k lebih masa tu. Kita ni lurus bendul big stokis cakap harga tak boleh turunkan secara terbuka kecuali promosi. Kita pun buat promosi pada customer siapa yang beli dari mamalinablog kita bagi discount sebab setia dengan kita. Memang elakkan diskaun secara terbuka. Itu pun dengan syarat beli dengan harga market dulu, pembelian ke dua dan seterusnya kita bagi diskaun.

Kita jaga baik-baik ikut undang-undang, tapi ejen lain yang tamak suka hati turunkan harga jual murah dari harga pasaran, customer pun lari, ye la siapa tak nak harga murah tapi dapat barang sama. Jadi nak tunggu apa lagi, buang masa buang tenaga promosi produk, alih-alih yang kenyang ejen tamak lain. Lagi pula pihak pengeluarpun macam tak nampak ada inisiatif kawal harga.

Tak apalah anggap bukan rezeki, produk dah bagus malangnya politik bisnes bagi hati kristal memang malas nak bising. Lagipun bukan produk sendiri, macam mana kita nak kawal kan. Eh! ambiklah kau ejen tamak suka suki potong harga sampai ejen lain dah tak dapat sale.

Ada pula yang kata...alah niaga ni kan rezeki, agak-agak niaga tak beretika tu halal ke rezekinya? Ahkak tanya je.....

0 Comments