Ujian berat untuk Jiwa yang kuat

Tangguh dulu isu kemurungan atau depression.

Nak bagi fikiran lapang sikit, lepas satu Malaysia gempar dengan kes kematian arwah baby Adam Rayqal.

Serius peristiwa ni bagaikan satu kemucak perasaan sedih sampai terfikir. 'Mama fight depression, fight', hidup kita belum berakhir.

Apalah sangat ujian ini berbanding ujian yang dialami ibubapa arwah baby Adam dibanding 'AKU'. Dalam fikiran ya Allah aku tak kuat dengan ujian seperti itu.

Melihat cara kematian anak yang tragis. Allah. Ada yang tanya kenapa kes ni dapat perhatian sangat. Sebelum ni ada je kes lain.

Kes ni jadi panas sebab penipuan demi penipuan pengasuh, bermula dari  culik, tersedak susu sampailah post mortem rupanya hentakan objek tumpul di kepala jadi sebab kematian.

Pencarian dan penantian kes adik Adam menyebabkan seluruh masyarakat tertunggu-tunggu tu.

Macam yang kita tahu bagi kes culik yang amat menakutkan penemuan berakhir dengan kematian atau tak dijumpai langsung.

Perkara yang paling tak diingini terjadi arwah rupanya telah tiada 😢.

Bila jadi kes penderaan macam ni, mulalah netizen up status dan komen pribadi.

Status paling popular mesti isu 'Ibu keluar bekerja' Ibu patut jaga anak sendiri....Ibu itu, Ibu ini....tanpa sedar status yang seolah-olah menyalahkan ibu atas kematian anak.

Sudahlah kehilangan anak, dicerca pula netizen. Ibarat dah jatuh ditimpa tangga.

0 Comments