Si Ehsan Batuk Selsema

Baru lepas tidurkan Ehsan si bongsu. Kesian baby kecik ni. Tak dapat tidur sebab batuk selsema.

Dari pukul 3 pagi tadi terjaga baru sekarang dia dapat tidur semula. Kebetulan pula hari ni cukup umurnya setahun. Happy Birthday sayang mama.

Menangis sepanjang berjaga, Allah risaunya, dalam hati rasa nak bawa ke hospital je. Susu dah minum, ubat dah makan, Hingus dah 'Suction' diapers pun dah tukar tapi tetap merengek menangis sampai bengkak mata.

Semua dah buat tapi si kecik tak nak juga berhenti menangis. Nak dukung mama memang tak larat tambah bimbang sakit belakang pula. Memang 'blur'sekejap fikir apa lagi tak kena.

Dah lebih sejam setengah si kecik ni meragam, barulah teringat, Allah lupa nak check paru-paru dia. Ntah asthma sebab selsema dengan kahak banyak.

Terus cari Stetoskop, hilang pula buat main si abangnya. Cari lagi last jumpa juga. Ohya mama-mama, 'highly recomended' kena ada simpan peralatan medical untuk kegunaan masa kecemasan.

Bukan apa, nak ke hospital bukan nya mudah subuh buta ni. Jadi sebelum ke hospital kita boleh check dulu anak ok ke tak ok, senang sampai hospital kita dah tahu anak patut dapat rawatan atau tak.

Sambung check pernafasan si Ehsan, mula-mula tak dapat dengar jelas. Macam normal je bunyinya. Sekali bila dia dah terlelap tadi, baru dapat dengar betul-betul.

Alamak patutlah meragam, nafasnya tak normal 😓, tunggu lagi dan memang berkali-kali check, alhamdulillah nafasnya makin ok dan stabil 😥.

Jadi tunggu lagi pagi ni tengok macam mana, kalau dia bangun nanti meragam macam sebelum subuh tadi. Haruslah ke klinik lagi untuk check sekali lagi, sebab baru 2 minggu lepas dah ambil antibiotik di klinik. Harap tak teruk, insha Allah.


0 Comments