Selamatlah wahai sahabatku

Petang Ahad lepas, tujuh hari bulan 7 2018, hantar sahabat berpindah ke KLIA, ishh...sebenarnya rasa sebak bila tulis ni. Berat hati nak lepaskan sahabat yang baik ni berpindah kembali ke Sarawak.

Tapi siapalah kita yang dapat melawan takdir. Sedih hanya Allah yang tahu, sebab Kak Mag dan arwah abang Kamal antara sahabat yang sangat akak sayang. Antara sahabat yang sentiasa ada di saat susah dan senang.

Dari kedua ni, akak belajar cara menghargai orang lain. Walaupun abang Kamal dah tiada, segala budi baik beliau dan Kak Mag langsung tak pernah dilupakan.Antara sahabat yang tak dapat dicari pengganti. Yang sentiasa tersenyum walau dalam duka. Mereka ini antara lambang ketabahan insan dalam meniti kehidupan.

Dari zaman belajar sampailah masing-masing berumah tangga, beranak pinak, tak pernah berjauhan dengan dia orang. Sampailah arwah abang Kamal di panggil Illahi. Allah sahaja tahu perasaan akak dengan En. Asben. sebab kami ni suami isteri kawan baik sejak dari kampus lagi.

Banyak kenangan kita orang yang tak akan lupa sampai ke akhir hayat. Masa nak hantar Kak Mag isteri arwah, Allah rasa sayu dalam hati, nasib baik ada Kak Cah dengan Abang Lid temankan, kakak ipar dengan abang Ipar Kak Mag. Kalau tak lagilah sayu hati nak lepaskan dia orang pergi.

“Suyaya,alin,,jom lah buka pusa sama-sama!,” Laung seorang pelajar lelaki apabila melihat mereka semakin hampir.


“Sesedap rasa je tukar nama orang ya abang nizam,” seloroh Suria sambil menjeling teman sefakultinya itu.


Ini antara kenangan yang diabadikan semasa kami belajar di Labuan dulu. Betapa eratnya silaturrahim antara kami. Belum lagi memori makan-makan tengah malam buta dengan Kak mag di bilik dia, Allah bila kenang balik boleh buat tersenyum sendiri.

Ya Allah kau sejaterakanlah arwah Abang Kamal di alam Barzakh, dan kurniakanlah ketabahan di hati Kak Mag dan anak-anak dalam meneruskan kehidupan didunia ini. Sesungguhnya mereka orang baik-baik.

Adaptasi dari memori kami di Labuan, di sini SAMBAL TEMPE IKAN BILIS





0 Comments