Menu Tengah Hari Ikan Susu Bakar

Menu hari ni, Ikan susu Bakar, Air Asam dan Sawi Tumis Udang. Masa En. Asben balik dari pasar tadi, beliau beli ikan susu sekor.
Oleh sebab ikan ni antar ikan yang jarang dibeli sebab banyak tulang, jadi mula terfikir nak masak apa la, memandangkan dah lewat, tapi menu 'lunch' tak masak lagi.

Dah terus capai handphone google la resepi ikan susu, nak tengok ikan ni sedap masak apa. Masa google antara menu yang biasa diaorang masak asam pedas, singgang, kari dan bakar. Bila masa pun dah makin suntuk terus buat keputusan bakar sahajalah ikan susu ni. Kebiasaan ikan yang jenis banyak tulang, bila nak dibakar orang akan buang dulu tulangnya masa proses menyiang. Jadi buka pula youtube cari cara buang tulang ikan.

Aishh...nasiblah senang je cara nak buang tulang ikan. Alhamdulillah siap lumur garam kunyit dan letak cili boh sikit terus panggang dalam pemanggang ajaib. Sebelum tu sempat lah potong daun bawang untuk tambah perisa pada ikan yang dibakar. Biasanya tak pakai pun daun bawang tapi dah ada dalam freezer guna je la.

Sementara tunggu Ikan Susu Bakar , buatlah pula air asam, simple juga caranya, air asam jawa. Potong bawang besar, cili besar gaul semua tambahkan garam gula sikit untuk bagi rasa, dah siap. Sebolehnya buat yang simple je, pasal masa dah lewat. Nasib Pagi tadi en. Asben dah bungkus roti canai untuk sarapan, jadi tak adalah lapar sangat. Hari cuti memang biasalah kami akan 'lunch' lewat sikit.

Untuk Sayur Sawi putih Tumis Udang, tumiskan bawang putih yang diketuk lepas tu ambil bawang besar dari air asam tadi sikit hahaha sebab dah malas nak potong bawang baru, masukkan sawi dan masak sampai agak layu, udang dan baru masukkan air untuk bagi kuah. udang tu kita tak masukkan awal sebab tak nak udang 'overcook' nanti keras tak sedap di makan.

Selesai menu 'lunch' hari ni, menu yang simple siap sediakan semua dalam masa 40 minit, minggu ni kami tak ada keluar kemana-mana sebab budak-budak tak sihat, masing-masing ada yang demam, batuk, selsema, jadi rehat-rehat je di rumah.

0 Comments