Manafaat Bersabar

Menitik air mata bila terbaca ayat ni, serius bukan lah kata sebab diri ini penyabar sangat. Tapi Ayat ni mengingatkan diri yang selalu hilang sabar.

Ya dalam menguruskan kehidupan seharian, selalu hilang sabar. Padahal Allah swt dah janji, orang yang sabar Allah akan cukupkan pahala yang tak cukup.

Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah bagi. Maksudnya kalau pahala tak cukup nak masuk syurga Allah tolong bagi cukup sampai kita dapat masuk syurga.

Allah hu akbar, fabi aiyialla iraabikuma tukazziban...Nikmat yang manakah yang kamu dustai lagi. 

Bumi mana yang tak ditimpa hujan, hidup mana yang akan sentiasa tenang. Memang cakap memang senang...sabar, tapi nak bersabar bukanlah perkara mudah.

Kesabaran itu bermaksud berada dalam keadaan menderita tanpa batas waktu. Berapa lama berapa tahun tiada had. Mungkin sampai mati. Bayangkan 'derita' bukan gembira.

Bila sebut derita, tentu dah ada air mata, ada resah, ada takut, ada lemah, ada sedih...senang kata segala aura negatif menghantui hidup. Sangat sakit.

Walaupun sakit di dunia ni, tapi Allah janji kesakitan ni bukan sia-sia, segala kesakitan ni Allah janjikan pahala untuk ke syurga. 

Bila kita sabar dalam kehidupan ini, dalam kesusahan kita pilih jalan kebaikan, tetap berbuat baik. Insha Allah percayalah kita sedang bina masa depan hidup yang lebih bahagia akhirat kelak.

Hidup yg lebih bahagia dari dunia...


0 Comments