Ibu bapa bergaduh anak Murung

Menyambung persoalan kenapa anak-anak yang hidup dalam family kucar kacir atau pecah belah disebabkan penceraian dan sebagainya berpotensi besar mendapat kemurungan?

(Dah habis makan tomyam)

Menjawab dari hati,

Me...ya sebagai anak yang hidup dalam keluarga pecah belah. Mak abah sah bercerai masa umur lebih kurang 20 tahun macam tu.

Sebelum bercerai, 8 kali kot masuk court 😅, beberapa kali kami adik beradik berpindah randah. Hingga saat akhir arwah abah dah tak duduk sekali lebih 5 tahun kalau tak silap.

Bayangkan sepanjang tempoh itu hidup bersulam air mata dan kesedihan....sampai tak pandai nak senyum rasanya. Kalau senyum pun air mata sama mengalir.

Sebagai anak kita tak boleh salahkan ibu bapa sebab apa mesti pilih bercerai...

Dulu masa tak matang lagi, memang rasa salahkan diaorang, tapi bila dah tua-tua ni baru faham ini Ujian Allah atas setiap hambaNya. Siapa kita nak pertikaikan?

Lagi bila sendiri dah berumah tangga, lagilah faham bukan mudah nak pertahankan supaya tak runtuh....bukan perkara mudah..

Hidup dalam kesedihan bertahun-tahun, bukanlah tak ada momen gembira, cuma kesedihan melebihi kegembiraan.

Dari segi psikologi, memang akan bagi kesan pada minda bawah sedar kita. Kita rasa kita ni dah friendly sangat hidup. Tapi orang sekeliling tengok pelik...kita tak sedar. Tapi kawan kita sedar.

Mungkin nampak terlebih serius atau terlebih peramah tak tahulah, orang yang memandang je faham...

Bagi anak yang macam ni, jauh disudut hati...dalam keadaan apapun, ada titik kedukaan yang kadang kala timbul...ada masa tenggelam 😔


0 Comments