Google Adsense hilang lepas tukar Domain



Bagai ditimpa tangga, macam tulah perasaan akak sekarang. Lepas satu-satu isu jadi huhuhu. Ingat tak tulisan akak sebelum ni tentang Google Adsense yang dah aktif di sini , sempat lah merasa duit masuk USD. Masa tu happynya Allah je tahu sebab fikir bolehlah menulis lebih aktif lagi untuk tambah income. Maklumlah sejak jadi penanam anggur terhormat ni, dah tak ada income tetap. Sedih rasa.

Sebab dah lama nak tukar domain, bila ada budget haritu, terus beli domain dan register kat godaddy. Semua buat sendiri tanpa upah sesiapa, mula-mula dulu ada minta juga en.Asben tolong. Lepas tengok beliau busy memanjang. terus cuba buat sendiri. Alhamdulillah berjaya. Happy rasa masa tu jangan cakaplah senyum sampai telinga hehe.

Lepas je tukar domain tu baru perasan, aikk...kenapa iklan adsense tak keluar. Kosong je, dah mula cuak, macam mana iklan boleh hilang ni. Sumber income kot. Takpa, cakap dalam hati tunggu dulu kot lepas tukar domain ni ambil masa iklan nak loading.

Esok lusa dan seterusnya dah sebulan, iklan tak mahu keluar. Wa...dapat rasakan ada yang tak kena ni. Sebab sibuk sekarang buat 'spring cleaning' rumah untuk 'minimalist lifestyle' jadi tak ambil pusing sangat pasal Adsense ni. Sekali sekala jenguk blog tapi 'update' blog melalui handphone je.

Rupa-rupanya tak sangka selama ni kalau tulis melalui handphone tak tulis betul-betul google Adsense tak terima.Itupun lepas dapat email dari Adsense yang telah 'mereject' Adsense ku untuk kali ke dua. 

Balik ke isu kenapa bila kita tukar domain dari blogspot ke dot com, Adsense terus hilang. Selepas gugel blog lain untuk cari info, habis blog Indonsesia, Mat Salleh akak baca barulah tahu. Rupanya memang macam tu, sebab Account Adsense akak masih 'Hosted' jadi untuk dapat Adsense semula, status account akak mesti jadi Unhosted..faham tak faham hahaha

Apapun bila google banyak rupanya blogger yang senasib, jadi dia orang kongsi pengalaman. Bila dah nampak cara itupun lepas tengok tutorial di youtube. Akak 'submit' lagi sekali dan Alhamdulillah Google menjawab dan bagitahu, antara sebab Adsense akak tak 'approve' disebabkan blog ni belum cukup 'content' jadi diaorang 'hold' dulu sampai blog ni dah ok. Lepas tu dapat lagi email dari Adsense suruh submit lagi, tapi akak tak nak submit lagi sebab nak upgrade lagi content blog ni.

Ok, macam mana cara nak submit blog kita supaya google Adsense dapat review semula,

1. Log in Account Adsense,

2. Click 'My Ads'

3. Click 'Other Product' macam dalam gambar.

4. Masukkan URL blog

Bila dah submit Adsense akan bagi email untuk bagitahu samada berjaya atau pun tak.



0 Comments