Saturday, 2 June 2018

Salam Ramadan 2018 hari ke 17



Sekejapnya masa berputar, sudah masuk hari ke 17 kita berpuasa, bermakna hampir sebulan juga akak cuti rehat lepas buat rawatan slip disc di Columbia Asia Cheras yang lepas.

Alhamdulillah dah discaj dari rujukan doktor di hospital, dan discaj sendiri dari program fisioterapi >.<, mungkin sebab sakit dah hilang 95% jadi kemalasan pergi fisioterapi terus jadi 100% sihat.

Sebenarnya masih dalam berjaga-jaga, tak berani juga nak aktif sangat, elakkan angkat berat. Tapi itulah bila kita tak rasa sakit ni, terlupa, aktif macam biasa, jadi malam nanti baru rasa sakit masa nak tidur. Insaf sekejap, dan berulang seperti mana keadaan sebelumnya aktif bergerak bila tak sakit.

Masa mula-mula disahkan kena slip disc haritu, rasa macam percaya tak percaya je. Bayangkan akak jenis aktif, kerja pun kerja yang memerlukan tenaga yang aktif, servis 'mentainance' dan tiba-tiba tak boleh aktif tak tergambar perasaan kecewa tu macam mana.

Memang 'kecewa' macm tak boleh terima kenyataan. Sampai sekarang kot, kadang-kadang terlupa...eh aku ni ada slip disc tak boleh lasak macam ni. Sebelum discaj haritu, sempat tanya doktor, boleh tak jogging?

Doktor tak galakkan, kata beliau senaman yang sesuai Berenang, senang cerita segala aktiviti yang memerlukan hentakan kaki yang kuat elakkan. Lagila kalau kau berangan nak melompat, kirim salam hehe. Sebagai bekas atlet lompat tinggi sekolah, agak-agak 'ada nampak mama suka?" "Nampak mama suka?"

Allah Hu Akbar, inalillah, dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Akak muhasabah diri, cuba berfikir positif yang boleh, merenung suami, anak-anak. Tak akan nak pamerkan rupa yang sedih sentiasa. Bab kata doktor Azfar haritu, "janganlah negatif sangat"
ada yang sembuh terus lepas buat ESI ni. Walau realitinya ESI dijangkakan boleh bertahan dalam 3 ke 6 bulan sahaja.

Berfikir lagi, ujian sangat kecil dibanding orang lain..bukan kata diri ni bernasib baik sangat, cuma manusia memang payah bersyukur bile merasa diri kononnya malang. Orang lain yang diuji lagi berat, masih boleh tersenyum meneruskan hidup, apalah sangat dibandingkan aku yang Allah limpahkan rezeki disisi suami yang penyabar dan penyayang dan anak-anak yang sihat kehidupan yang selesa.

Bila Allah tarik sikit nikmat sihat, terus melenting terlupa, dugaan yang Allah bagi ni, tak terbanding sikit pun dengan nikmat yang Allah dah bagi dalam kehidupan sekarang.

Allah, rasa berdosa sangat sebab tak bersyukur, Alhamdulillah, Allah buka mata dan hati untuk terima, ujian sakit ni sebagai penghapus dosa. Dosa hamba yang lemah dan lalai,

 "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).









No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
mamalinablog.com adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.