Resepi Sahur - Ayam bakar serai sempoi

Ada ke mak-mak yang tak tidur lagi sekarang,

Genglah kita, tadi dah terlelap 5 minit masa buaikan si ecan, ingat nak sambung tidur, teringat lauk sahur tak masak lagi.

Nasi berbuka dah habis, nak kena tanak baru. Bingkas bangun ke dapur letak nasi,

Terfikir lauk apa nak makan sahur nanti... nampak ayam 4 ketul, serai, kita bakar sahaja ayam buat lauk.

Bakar pula guna pemanggang ajaib, 30 minit dah siap semua.

Sahur nanti, buat air asam, ulam salad, teh o panas. Alhamdulillah, atas nikmat idea Allah beri saat akhir.

10 Ramadan Terakhir....semoga kita mendapat rahmatNya.

Resepi Ayam Bakar Serai sangat mudah

Ayam digaul serbuk kunyit dan garam, potong serai dan bakar.

Selamat mencuba 😁

0 Comments