Belum sampai sebulan rupanya kita mengundi, patutlah demam Pilihan Raya Umum yang masih belum kebah, ramai lagi yang muat naik status politik di FB,
Sebenarnya akak nak sangat tulis pengalaman masa mengundi hari tu. Bukan sejarah dalam negara sahaja yang terlakar, sendiri pun buat pertama kali dalam sejarah sampai buat laporan polis isu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyebabkan akak tersalah pangkah parti pilihan.
Bayangkan dalam keadaan kesihatan yang tak berapa ok, sanggup balik kampung mengundi. Alih-alih masa mengundi tersilap, tak puas hati punya fasal, ha sampai ke balai polis kau >.<
Sampai sudah ada lagi yang tak faham, apa kes sampai nak kena buat 'report' bagai, setakat salah peti undi....walau dah diterangkan berkali masih tak faham, memang susah nak faham, masa buat repot pun dekat satu jam adik polis nak susun ayat.
Lagi lah sekadar status di fb, lagi lah susah orang nak faham. Korang tak faham lagi kan....nah tengok video Diva AA ni ha, ini lah kesnya, apa yang buat orang keliru sebab
Diva AA pun tak kenal calon, dia main pangkah je parti yang dia nak...dan pastinya dia pangkah parti yang berbeza bagi DUN dan PARLIMEN
Bila laporan polis dibuat, ,itu salah satu cara untuk gerakkan SPR siasat semula, macam mana 'kesilapan' serupa boleh berlaku ditempat-tempat tertentu sahaja, tetapi seluruh Malaysia. Pelik tapi Benar.
Yang pasti, bagus juga bila PRU 14 muncul, terus hilang isu sakit, terus terlupa aku sakit, sampai sanggup pergi balai sorang-sorang buat report, walaupun dah penat sangat masa tu.
Bila kenang semula, kelakar betul....betapa penangan PRU ke 14 yang bersejarah ni bagi impak besar dalam kehidupan tanpa kita sedar.
Korang pula apa cerita...? Ok tak masa mengundi hari tu?
0 Comments