Menulis Antara Terapi Terbaik

Bila mood menulis datang, dah lama tak kemaskini blog,

Ikutkan akak suka tulis guna bahasa pasar je, bahasa rojak macam bahasa kita borak-borak.

Tapi demi menyahut cabaran guru-guru penulisan, penulis yang baik mesti menulis perkataan dan ayat yang betul.

Nak tak nak, mesti berlatih dari sekarang, sampai betul-betul mahir. Sepatutnya dah dipraktis sejak dulu lagi kan. Ini dah nak masuk 4 series baru terkedek-kedek.

Cabaran bila menulis ayat guna perkataan yang betul ni, kita akan mudah terlencong kepada gaya bahasa formal, yang 'boring' tet......

Satu lagi akak rasa nafas bagaikan tersangkut, sesak dada bila tak dapat menulis dengan sepenuh emosi.

Macam tak berapa sampai gitu...mentelah menulis sebenarnya antara terapi diri bagi akak dalam saat gembira dan duka.

Kita tengoklah sejauh mana akak boleh kawal gaya bahasa menulis, formal ala pengantin jalan terkepit.

Atau kembali menulis seperti sebelumnya, dengan hashtag "ada aku kesah" 😂

0 Comments