Kematian yang hampir

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali....Pakcik jiran sebelah baru saja menghembus nafas terakhir pagi tadi,

Sedih juga dihati sebab selalu terserempak masa beliau rehat-rehat main dengan cucu.

Kematian sejak dari tahun lepas hingga tahun ni sangat hampir.

Kehilangan arwah Abang Kamal dan arwah Don masih lagi dirasai.

Hati kristal macam ni memang senang sangat tersentuh dengan kehilangan dan pemergian orang terdekat. Jiran antara orang yang terdekat dengan kita.

Tapi tak terucap dengan kata-kata, semoga Allah swt meletakkan arwah di kalangan orang yang beriman,

Masih terngiang suara cucu memanggil atuknya, jangan sedih Amar 😢

0 Comments