Atasi kemurungan dengan Doa

Alhamdulillah, alhamdulillah berjaya melepasi fasa kemurungan tanpa buat keputusan atau tindakan yang menyedihkan.

Bukan senang sebenarnya, dapat bercakap dan tersenyum semula macam biasa pun dah cukup baik.

Untuk sampai ke fasa 'ok' macam ni, tak tahulah berapa ribu kali doa yang diratib dalam hati.

Kenapa mesti dalam hati? Sebab yang sedih dan murung adalah hati.

Doa nabi Yunus dan doa Nabi Ibrahim bersilih ganti terutama saat sedih dan marah yang tak terkawal.

Perkembangan yang agak baik, buat pertama kalinya anak tak jadi mangsa pukul, cuma riak muka memang tak dapat ubah..mendung, serius dan misteri bab kata si kakak.

Alhamdulullillah si kakak sangat-sangat faham, beliau uruskan adik-adik bila tengok mamanya tak stabil. Tenangkan adik-adik bila bergaduh, Tanpa disuruh.

Sama juga si Ali, bila tengok mama termenung depan tv, beliau tanya 'mama nampak tak tu' , bila cakap 'owh mama tak dapat baca subtitle', dengan pantas masuk ke bilik ambilkan cermin mata dan hulurkan ke tangan ni. Tanpa di suruh.

Fa bia aiyiaAla irabbikuma tukazziban.....terima kasih anak yang memahami.

Mama janji tak akan sia-siakan kalian walau apapun terjadi.

Walau sampai ke hujung nyawa.

0 Comments