Pengalaman prosedur Epidural Steroid Injection (ESI) - Side Effect

Tak boleh tidur, loya macam nak muntah, demam sikit 37.7, berdenyut kat belakang kiri, susah bernafas, terkejut sebelum terlelap nak tidur..

Ini yang diri ni tengah alami sekarang, agak seksa, tambah lagi kena jaga pergerakan, tak boleh bongkokkan badan, tak boleh duduk menyilang kaki, tak boleh angkat berat... dan ada lagi.

Siang tadi lepas fisio pergi bank, ambik Ali dengan Jaji, pegi kedai kek cari barang nak buat cheesekut,
hah...ambik malam ni hadap segala kesan lepas prosedur ESI aritu, ikutkan loya, terkejut masa tidur, susah nafas tu memang dah rasa lepas discaj, tapi biasalah, jenis degil rasa diri sihat,

Ikut suka hati je, berjalan macam orang sihat. Terus terang stress sebenarnya ni...bukan senang nak terima keadaan, biasa boleh aktif,
Kerja cody mana yang tak aktif, habaq mai, turun naik tangga flat, angkat air berbaldi, buka pasang semula mesin, ketuk filter untuk flushing, backwash...orang aktif je yang boleh kerja macam ni.

Tapi...seperti kata-kata kawan satu team, sabarlah Kak Mas, ujian ni, insha Allah nanti sembuh, serius it's make me cry, dan memang dah banyak air mata yang dah tumpah sebelum ni..

Akak suka kerja ni walaupun bukan mudah, jumpa dengan customer, jadi ceti, on call bila mesin problem, meeting dengan team, dengar boss bebel, ghatering, setengah tahun, a lot of memory yang kitaorg lalui...baru nak ramah mesra dengan member team..

Tak baik kan...ngeluh, macam tak redha dengan ujian Allah, bukan tak bersyukur cuma luah kan perasaan je, setakat ni Alhamdulillah masih boleh control dengan alihkan fokus pada urusan lain.

Harap masih boleh bertahan kekal positif, walaupun bukan mudah. Ya Allah ampunkan dosa hambaMu ini..

0 Comments