Thursday, 23 November 2017

Cabaran sebagai Coway Lady

Kalau ada baca pos akak sebelum ni, mesti perasan kan akak cakap senang je kerja sebagai cody/coway lady ni...

Memang senang 😂, bila 3 customer cancel appointment saat akhir, ambikla kau termenung kat 7E sorang-sorang.

Tapi apa pilihan yang ada, nak tak nak kena tunggu juga 2 jam sebab appointment satu lagi di condo yang sama juga.

Kerja ni bagi akak, mudah tapi payah😁,

Payah sebab kita berurusan dengan orang, payah nak dapat appointment service, payah nak susun masa appointment, ada yang minta datang malam, sabtu ahad sudah pasti...

Customer duduk bandar ni, siang biasanya memang tak ada di rumah, keluar gelap balik kerja pun gelap. Akak memang sangat faham sebab sendiri memang dah lalui masa kerja duduk ofis zaman muda-muda dulu.

Senang kerja cody ni bila dah dapat pegang mesin filter dan buat service, bagi orang yang cerewet macam akak memang bila servis mesin, kalau boleh nak pastikan mesin like new macam tu...siapla kena tonyoh segala kotoran yang ada...

Seronoknya kerja cody ni, dapat jumpa customer yang bermacam ragam, setakat ni alhamdulillah, customer ok dan takda yang kerek semacam. Sangat berbudi bahasa, terutama makcik-makcik yang duduk sorang dirumah. Anak masing-masing duduk jauh. Rajin layan berborak.

Satu lagi yang best bila boleh jumpa kucing-kucing customer  yang comel gebu, kucing duduk dalam condo 🤣.

Serius kerja ni memang best, tapi cabarannya tak mudah...nasib akak memang minat kerja lasak macam ni. Kalau tak, angkat bendera putihla jawabnya 🏳.

Mesti ada yang tanya kerja ni senang ke tak....jawapannya terpulang pada diri kita. Nak tahu, kena la jadi cody dulu...
😉

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
mamalinablog.com adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.