Sunday, 5 November 2017

Bila hanya nampak kebodohan orang lain

Baru ada peluang nak update blog, demampun tulis juga, sebab nak dapat masa  tenang macam ni sekarang amatlah susah.

4 hero demam berturut-berturut, 3 dah makin stabil, tinggal si kecik baby baru demam malam tadi...

Sudahnya petang ni, mama nya pula demam. Musim agaknya sekarang hujan panas silih ganti.

Esok ada meeting di ofis, tak taula dapat pergi ke tak..kalau boleh tak nak tinggal meeting, orang baru banyak lagi nak kena belajar..

Tapi dapat ke ahli keluarga memahami. Betul la, bila mama bekerja ni, nak tak nak pasti kena hadap situasi yang pahit, banyak pengorbanan kena buat.

Apa pilihan yang kita ada, hanya berserah pada Allah swt semoga dipermudahkan urusan. Sabarlah selagi mampu, walaupun sabar itu pahit, tapi janji Allah swt pasti,

Berikan khabar gembira bagi orang yang sabar berserta solat....

Insha Allah buahnya manis.

Dalam meniti kehidupan sebagai hamba Allah, tak lari kita dari buat silap. Bila buat silap, walaupun punca nya dari orang lain, orang yang buat silap la kena bertanggungjawab pada diri sendiri.

Bila kita akui kesilapan bukan bermakna kita bodoh, cuma dalam situasi tertentu diam lebih baik dari berkata orang lain bodoh.

Sedangkan masa kita bercakap tentang
orang lain bodoh, Allah memandang siapa benar, siapa yang punca..

Allah swt lebih tau...Allah lebih tahu...

Bila dua orang betelagah, jika tiada, kata putus, serahkan kepada Allah yang buat keputusan di akhirat kelak.

Tugas kita, perbaiki diri....check hati....😔



No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
mamalinablog.com adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.