Wednesday, 11 October 2017

Kerja baru Coway Lady

Lagi 2 hari nak habis training, tak sabar nak habis sebab tak nak susahkan mak jaga baby lama-lama.

Buat masa ni memang tak ada pilihan terpaksa minta tolong mak jagakan, baby baru 2 bulan, memang tak berani nak beri orang lain jaga..

Bila dah start kerja nanti, insha Allah boleh susun jadual gilir- gilir jaga anak-anak kat rumah dengan en. Asben.

Itu yang sayang nak lepas kan peluang kerja dengan coway ni, masa kita boleh susun ikut kelapangan sendiri.

Kerja pun tak adalah susah sangat, cuma pergi servis produk ke rumah customer je. Kalau yang perempuan dipanggil coway lady atau cody. Lelaki dipanggil technician service.

Boleh tahan juga la training technician ni, pegang skru driver main mesin filter air.

Mula-mula dulu ingatkan senang training nya, sekali ha kau kena belajar pasal air, buka mesin baru tahu, kalau tak ada training kau memang tak boleh buat kerja ni.

Nak masuk kerja pun tak mudah, kalau tak lulus training, tak lepas 'benchmark' yang diaorang nak, kerja tak dapat, kalau nak ulang tunggh lepas 3 bulan baru boleh ulang semula.

Buat masa sekarang, ini la  syaratnya, masa depan tak tahulah berubah ke tak.

Harap-harap lulusla, kalau tak buang masa training sebulan....

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
mamalinablog.com adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.