Kematian yang hampir

Dah lama nak tulis entry ni, tapi tak berpeluang.

Kita memang asyik sibuk dengan urusan dunia, sibuk dengan masalah hidup di dunia.

Sibuk mengurus urusan dunia yang tak akan pernah habis hingga satu waktu nafas kita terhenti.

Ketika itu kita baru tahu banyak urusan akhirat yang belum kita selesaikan.

Tanpa kita sedar, masalah kita yang paling besar bukanlah masalah yang kita hadapi sekarang...

Masalah yang paling besar adalah 'masalah kematian' kita yang setiap detik semakin hampir...


Kematian yang kita tak tahu bagaimana keadaannya..samada kita dapat husnul khotimah atau tak...

Dah formal!

Boringkan bila baca tazkirah pagi-pagi ni ye tak?

Sebenarnya sekarang dalam MRT, tinggal seminggu je lagi training kerja.

Aha, bekerja semula, lepas 4 tahun duduk rumah en. Asben bagi izin kerja semula.

Dengan tujuan utama nak tolong support ekonomi family la. Dok KL faham-faham aje la.

Sebenarnya dah lama nak tulis pasal kematian ni...masa je tak izinkan,

Urusan anak-anak pun banyak lagi tak selesai, lagi nak menulis...hmmm kesian anak-anak.

Tahun 2017 ni boleh dikatakan tahun yang agak menyedihkan...

Serius...sedih dan sangat terkesan di hati,

Bila difikir-fikir kadang rasa macam mimpi...hakikat orang-orang yang disayangi, yang dekat dihati dari arwah abah, saudara mara hingga ke sahabat yang pernah kenal

Sekarang dah tak ada dalam dunia ni....

Ya Allah...bagai dikelilingi kematian..

Cuma bernasib baik sekarang suami, anak-anak, adik beradik dan mak masih ada...

Alamak...MRT bukit bintang dah nak sampai...terpaksa berhenti tulis dulu..

Nanti sambung tulis kalau dapat duduk lagi..



0 Comments