Pusat Jagaan dan Latihan anak OKU cheras

Dah lama perasan pusat jagaan dan latihan anak OKU ni masa hantar Ali pagi-pagi ke sekolah.

Cuma tak terfikir nak tulis di blog. Tadi masa hala balik dari hantar Ali terasa nak ambil gambar banner pusat ni.

Terfikir nak share, manalah tahu kot ada ibu bapa di luar sana yang sedang cari pusat jagaan dan latihan untuk anak.

Mungkin boleh cuba tanya disini perkhidmatan yang disediakan. Contact je no. pada banner tu ya.

Kedudukan pusat jagaan dalam kawasan perumahan di bdr tun hussein onn cheras.

Rumah corner lot 2 tingkat setengah. Kawasan  nampak besar dan selesa.

Bagi ibu bapa mungkin boleh datang tengok sendiri tempatnya untuk dapatkan maklumat lanjut.



0 Comments