Tanda-tanda Keguguran

Tanda-tanda keguguran sedang berlaku adalah

1. Pendarahan 

Berlaku pendarahan sedikit pada peringkat awal, setompok darah coklat dan disertai darah yang berwarna merah terang. Pendarahan akan bertambah dari masa ke semasa.

2. Sakit sekitar bawah perut seperti senggugut

Rasa sakit disekitar bawah perut, bermula dengan sakit yang perlahan, hingga boleh mencapai kesakitan yang kuat. Namun ada juga yang tidak mengalami sebarang kesakitan.

3. Sakit Belakang

Sekitar pinggang bahagian belakang akan terasa sengal dan lenguh. 

4. Demam

Boleh terjadi jika terdapat jangkitan dibahagian rahim dan kandungan. Demam dengan suhu yang tinggi perlu mendapata rawatan segera ke hospital.

5. Lemah

Kebiasaan terjadi apabila ibu telah banyak kehilangan tenaga menahan sakit dan pendarahan yang berlaku. 



0 Comments