Taman Tasik Bandar Tun Hussein Onn

Musim cuti sekolah ni mesti ada ibubapa yang tercari taman mana nak bawa anak-anak kan, bagi yang duduk berdekatan kawasan cheras bolehla bawa anak datang ke sini. Taman awam yang berdekatan Bandar dan taman perumahanan Tun Hussein Onn, Cheras.


Fasiliti yang ada track jogging mengelilingi tasik, ada dua bahagian taman permainan kanak-kanak, alat senaman, guard dan penjaja jalanan.

Bagi peminat ikan, tarikan utama terdapat banyak spesis ikan air tawar iaitu Keli, Koi, Flower hon, Lampam, talapia dan lain-lain pelbagai saiz. Tapi tak boleh memancing.

Dicadangkan juga bagi yang plan nak datang boleh bawa makanan ikan sendiri untuk aktiviti beri makan ikan. Jika tak bawa makanan ikan sendiri, boleh juga beli dari penjaja disana. Harga RM5 dapat 3 peket makanan ikan, boleh la!  tak mahal sangat.

Masa bagi makan ikan, ibubapa atau penjaga diingatkan untuk awasi anak-anak bagi elak anak terjatuh ke dalam tasik. Tasik boleh tahan dalam tu 3 meter. tepi tasik memang tak ada pagar, jadi pastikan anak jangan duduk terlampau rapat dengan tasik.

Tempat parking juga ada dua bahagian. Suasana agak panas kalau musim panas sebab pokok kat area tasik kecil-kecil lagi.

Masuk adalah percuma!

0 Comments